Aliff Syukri diarah bela diri

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Sepang: Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, diperintahkan untuk membela diri di Mahkamah Sesyen atas empat tuduhan memuat naik video yang dianggap tidak sopan dan bertujuan menyakiti hati orang lain.

Kejadian ini berlaku tiga tahun lalu, semasa bulan Ramadan. Hakim Ahmad Fuad Othman memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Hakim menyatakan bahawa memuat naik video tidak sopan semasa Ramadan, bulan suci umat Islam, adalah tidak wajar.

Aliff Syukri akan membela diri pada 19 Mei ini. Beliau didakwa atas tuduhan memuat naik kandungan tidak senonoh melalui Instagram pada April 2022, yang melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara setahun, atau kedua-duanya.

Sebelum ini, video muzik raya Aliff Syukri dikritik kerana dianggap tidak sesuai dengan aksi penari lelaki lembut dikala sambutan Aidilfitri