PEJABAT Perdana Menteri mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.
Pengesahan itu dibuat dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan memikul tanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi.
“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di atas pelantikan ini,” menurut kenyataan itu lagi.