Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.
Seri Paduka Baginda terdahulu berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Negara hari ini.
Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim petang ini bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet.
Usai sesi tersebut, Baginda berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa saya untuk santai minum petang di ibu kota.
Sebelum berangkat… pic.twitter.com/lg8YmAuqem
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 13, 2024
Menurut hantaran di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda kemudiannya memandu sendiri, dari Istana Negara bersama perdana menteri, ke Restoran Paul di Pavilion Kuala Lumpur.
Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda bersama Anwar juga meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian singa.
Sumber : Bernama