SEORANG wanita di Sukabumi, Jawa Barat menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang menikmati pisang goreng di sebuah gerai tepi jalan.
Kejadian itu menjadi tular apabila seorang saksi sempat merakam insiden tersebut dan memuat naik video di media sosial.
Berdasarkan paparan video, mangsa bersama suaminya sedang menikmati snek jalanan sekitar pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan), lapor Kosmo.
“Kejadian berlaku di depan mata saya. Wanita itu sedang mengunyah pisang goreng sebelum rebah dan akhirnya meninggal dunia.
“Semuanya berlaku dengan pantas dan secara tiba-tiba,” ujar saksi.
Menurut saksi, ambulans telah dipanggil ke tempat kejadian dan mangsa sempat dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Kampung Mekarsari, Udon mengesahkan mangsa ialah salah seorang penduduk kampung tersebut.
“Ya, mangsa berusia 55 tahun dan memiliki sejarah penyakit jantung.
“Jenazahnya sudah dibawa ke rumah mayat dan bakal dikebumikan oleh ahli keluarga,” jelas Udon.
Sumber: Kosmo