Wanita disahkan mengandung ketika hamil 1 bulan

HAMIL ketika hamil… Itulah kejadian yang berlaku kepada seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat apabila mengandung setelah sebulan disahkan hamil.

Dia yang dikenali sebagai Cara Winhold, kemudian selamat melahirkan bayi lelaki kembar seiras selang enam minit, lapor Kosmo.

Dia yang berusia 30 tahun hamil Februari tahun lalu sebelum disahkan mengan­dung sekali lagi sebulan kemudian.

Keadaan dinamakan superfetasi apabila kehamilan disahkan semasa kehamilan sedia ada.

Superfetasi jarang berlaku dan hanya terjadi satu kali dalam jutaan kelahiran.

Ia boleh berlaku dalam masa beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama, demikian menurut laman web kesihatan AS, Healthline. 

“Saya berkata kepada doktor, Apa yang berlaku? Dia (bayi) tidak berada di sana ketika awal pemeriksaan.

“Doktor berkata bahawa saya berkemungkinan besar menga­lami ovulasi dua kali, mengeluarkan dua telur dan disenyawakan pada masa yang berbeza kira-kira seminggu. Saya seratus peratus percaya bahawa kehamilan ini adalah satu keajaiban,” jelas Winhold.

Sumber: Kosmo