SEGELINTIR rakyat Korea Selatan naik berang apabila mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap seorang lelaki berusia 50-an yang bertindak mendera kekasihnya gara-gara rakan kepada wanita berkenaan sedang mengalami haid.
Menurut laporan Newsis, kekasih kepada lelaki berkenaan telah membawa rakannya ke rumah mereka yang terletak di Incheon.
Disebabkan berang tidak dapat melakukan hubungan intim bersama kekasih kerana rakan wanita itu berada di rumah, lelaki tersebut terus naik berang.
Malah, lelaki tersebut telah menyerang kekasihnya itu secara fizikal selepas mengetahui rakan kekasihnya itu sedang haid.
Wanita (kekasih) berkenaan juga turut mengalami kecederaan lebam pada badan dan patah di beberapa tulang rusuk kerana dipukul, tendang dan dihimpap berkali-kali sehingga memerlukan rawatan perubatan yang serius.
Kes ini telah dibawa di mahkamah dan lelaki itu dikenakan hukuman satu tahun penjara dan tiga tahun tempoh percubaan. Menurut perwakilan undang-undang, sejak 2014 lelaki tersebut difahamkan tidak akan menerima sebarang hukuman berat dan setiap kesalahannya akan dipertimbangkan.
Setelah pengumuman khabar ini dibuat, ramai orang mengkritik pihak mahkamah Korea Selatan mengenai hukuman ringan lelaki tersebut.
Selain itu, ada juga yang turut mempersoalkan hak kemanusiaan wanita yang masih rendah di negara ginseng tersebut kerana ia dilihat masih kuat dipelopori oleh kaum lelaki.