BERGELAR nenek pada usia 30 tahun! Ya! Seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan telah menjadi nenek pada usia tersebut sekaligus menjadikan dia nenek paling muda di Britain selepas anak perempuannya melahirkan seorang bayi lelaki pada usia 14 tahun.
Ibu kepada lima anak, Kelly Healey berusia hanya 30 tahun apabila anak perempuannya, Skye Salter melahirkan seorang bayi lelaki, Bailey pada Ogos 2018, lapor Kosmo.
Keluarga itu bagaimanapun dikritik pengguna media sosial dengan Kelly diselar kerana didakwa tidak mendidik Skye mengenai pengetahuan pencegahan kehamilan.
Kelly yang berasal dari bandar Feltham, England memberitahu akhbar Mirror bahawa dia telah cuba memaklumkan kepada anaknya mengenai perkara tersebut tetapi Skye tidak aktif secara seksual ketika itu.
Skye bahkan tidak mengetahui kehamilannya sehingga kandungannya berusia lebih lapan bulan.
Ibu muda itu terkejut dengan kehamilannya.
“Saya tahu ia akan berlaku tetapi orang luar tidak tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya tidak fikir tentang apa yang mereka katakan, mereka tidak mengenali saya.
“Saya bangga dengan diri saya dan ibu saya. Mereka bukannya orang yang membesarkan saya,’’ kata Skye yang kini berusia 18 tahun.
Sumber: Kosmo