SEORANG wanita di China membatalkan perkahwinannya bersama bakal suami setelah lelaki itu ‘terkantoi’ masih dimandikan oleh ibunya sendiri.
Kejadian itu berlaku semasa kedua-dua bakal pengantin itu sedang membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka di bandar Sutian, wilayah Jiangsu, lapor Kosmo.
Pada malam sebelum perkahwinan dilangsungkan, bakal pengantin perempuan yang dikenali sebagai Chen, singgah di rumah bakal suaminya iaitu Li bagi membawa beberapa barang dan memeriksa persiapan terakhir majlis perkahwinan tersebut.
Setibanya dia di rumah bakal suaminya, Chen melihat bakal ibu mentuanya sedang menghias bilik pengantin dan membuat persiapan.
Bagaimanapun, Chen kemudian melihat bakal ibu mentuanya itu masuk ke dalam bilik Li.
Dia kemudian terkejut melihan bakal suaminya itu dimandikan ibunya dalam keadaan selesa seperti ia satu rutin harian.
Chen yang kecewa dengan kejadian itu beranggapan tidak normal bagi seorang lelaki dewasa yang bakal berkahwin masih dimandikan oleh ibu sendiri.
Dia beranggapan bakal suaminya akan sentiasa terikat dengan ibunya dan akan menyukarkan perkahwinan mereka.
Lalu dia nekad untuk membatalkan perkahwinan mereka biarpun keluarga bakal suaminya tidak dapat menerima keputusan itu.
Dalam satu kenyataan, bakal suami Chen menjelaskan mereka sudah lama bercinta.
Ibunya Li dikatakan amat terkejut kerana tidak menyangka perbuatan tersebut akan memberi kesan sebegitu rupa.
Sumber: Kosmo