SEORANG bayi berusia lima bulan maut gara-gara ibunya terlupa untuk meletakkan kereta sorong bayinya dalam keadaan brake.
Pemandu van yang dikenali sebagai Sudhir Saksena, mendakwa kereta sorong terbabit secara tiba-tiba meluru ke laluan jalan yang dipandunya.
Kejadian menyayat hati berkenaan berlaku di sebuah jalan di Pantai Utara Auckland, New Zealand pada Isnin.
Saksena juga menegaskan dia hanya memandu dalam kelajuan sederhana iaitu sekitar 20 kilometer/sejam ketika kejadian.
“Saya tak nampak kereta sorong bayi itu, apa yang sempat dilakukan ialah terus berhenti secara mengejut namun ia sudah terlewat.
Ibu kepada bayi malang itu dikatakan segera mendapatkan bayinya yang masih berada dalam kereta sorong tersebut dalam keadaan panik dan terpinga-pinga.
Bayi berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital biarpun mendapat pertolongan cemas semasa kejadian.
Saksena turut mendedahkan ibu bayi tersebut meraung sambil menyalahkan dirinya kerana terlupa untuk menarik brake kereta sorong tersebut.
Sumber: Thesun.co.uk