Sering jemput rakan karib datang rumah, akhirnya isteri jalin hubungan dengan rakan karib sendiri

SEORANG lelaki di Taiwan yang juga anggota polis nekad menyaman rakan karibnya sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan isterinya sendiri.

Individu yang dikenali sebagai Li berkawan baik dengan Shi kerana sama-sama bertugas sebagai anggota polis di Taipei.

Kerana hubungan mereka yang rapat sebagai rakan sekerja, Li sering menjemput Shi bertandang ke rumahnya.

Bagaimanapun Shi semakin akrab dengan isteri Li sehingga melakukan hubungan terlarang.

Hubungan tersebut didedahkan sendiri oleh isteri Li sendiri kerana enggan terus berahsia.

Li dikatakan amat kecewa apabila perkahwinannya sejak 2008 itu dikihanati rakan karib sendiri.

Selepas rahsia mereka terbongkar, Li nekad untuk bercerai dengan isterinya dan menyaman Shi kerana mengganggu rumah tangganya.

Shi bagaimanapun mengakui perbuatannya dan meminta maaf selain memohon mahkamah meringankan jumlah saman.

Selain mahu bercerai dengan isterinya, dia turut mengemukakan tuntutan saman ke atas Shi sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana mengganggu rumah tangganya.

Shi diarah untuk membayar pampasan sebanyak 600,000 yuan (RM393,961) kepada Li.