Runtun hati isteri tangkap suami curang dengan lelaki lain

KISAH seorang wanita di Indonesia menjadi tumpuan apabila dia berkongsikan rasa kecewa setelah ‘menangkap’ suaminya sedang curang bersama seorang lelaki di atas katil di rumah mereka sendiri.

Berdasarkan beberapa ciapan di Twitter, wanita yang identitinya tidak didedahkan itu memberitahu bahawa hatinya remuk selepas mendapat tahu mengenai orientasi seksual suaminya itu, lapor Kosmo.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati bahawa suaminya sedang berdua-duaan bersama teman lelakinya di atas katil di rumah mereka yang dibeli dengan hasil wang gajinya sendiri.

“Mereka berdua-duaan di atas katil yang dibeli menggunakan duit gaji saya,” katanya.

Tambah wanita berkenaan, dia berasa lega kerana ketika kejadian, anaknya yang berusia sembilan tahun berada di rumah ibunya dan tidak mengetahui perkara tersebut.

“Syukurlah anak perempuan saya yang berusia sembilan tahun berada di rumah neneknya kerana dia tidak melihat saya menangis pada pagi hari kejadian,” ujarnya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai keadaannya dan suami  selepas kejadian itu.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan netizen membanjiri ruangan komen.

Sumber: Kosmo