PM Bangga Chandrayaan-3 India Berjaya Menawan Kutub Selatan Bulan Buat Kali Pertama

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus ucapan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi di atas kejayaan mendaratnya pesawat ruang angkasa, Chandrayaan-3 di kutub selatan bulan yang belum pernah diterokai manusia, semalam.

Menurut satu hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, rakyat Malaysia turut tumpang gembira dan berbangga atas pencapaian tersebut.

“India kini telah menawan bulan, dan saya melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.

“Ternyata ini adalah’“The Asian Century’,” katanya hari ini.

Semalam, India berjaya mendaratkan kapal angkasa Chandrayaan-3 di Bulan sekali gus menjadikannya negara keempat di dunia yang menempa kejayaan sedemikian, lapor stesen penyiaran CNN.

Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, China dan bekas Kesatuan Soviet berjaya melakukan pendaratan di permukaan Bulan. 

Sumber: Kosmo