ASTAGHFIRULLAHALAZIM…. Gara-gara terpisah jauh dengan suami akibat pandemik Covid-19, seorang wanita berusia 43 tahun yang juga isteri kedua di Bolo, Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia didakwa mencabul anak lelakinya sendiri yang berusia dua tahun dengan alasan tidak dapat menahan ‘nafsunya’ ketika suami tiada di rumah, lapor The Reporter.
Memetik laporan asal portal Tribunnews, Ketua Perhubungan Awam Nusa Tenggara Barat, Artanto berkata, pihaknya menerima laporan dari suami wanita itu setelah terkejut melihat ada rakaman video yang menunjukkan isterinya mencabul mangsa.
“Setelah melihat rakaman video itu, suaminya terkejut, takut dan kasihan dengan nasib yang menimpa anaknya lalu membuat laporan polis,” katanya ketika sidang akhbar pada Khamis lepas.
Menurut Artanto, setelah disiasat, isterinya melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana nafkah batinnya tidak dipenuhi.
“Suspek yang tinggal di Bima merupakan isteri kedua pengadu yang kini masih berada di Lombok bersama isteri pertamanya,” jelas Artanto.
Suspek dipercayai bertindak sedemikian pada Jun tahun lepas sebelum bertindak mengirimkan video itu kepada suaminya tiga bulan kemudian.
Suspek kini bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan boleh dihukum penjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut.
Sumber: The Reporter