SEORANG bayi lelaki Pakistan yang dilahirkan dengan dua zakar mengejutkan pakar perubatan kerana kemungkinan boleh menggunakan kedua-dua organ itu.
Bayi itu dilahirkan dengan kes diphallia, keadaan yang menjejaskan satu daripada enam juta bayi, lapor Harian Metro.
Selalunya bayi menjalani pembedahan untuk membuang satu zakar tetapi kali ini, pakar bedah meninggalkan kedua-dua organ itu dan tidak jelas mengapa mereka berbuat demikian.
Bayi itu juga boleh membuang air kecil dari kedua-dua zakarnya dengan satu zakar berukuran satu sentimeter (cm) lebih besar berbanding satu lagi. .
Pakar bedah juga melakukan kolonoskopi supaya bayi Pakistan itu boleh membuang najis kerana dia dilahirkan tanpa dubur.
Imbasan mendedahkan, dia mempunyai satu pundi kencing yang melekat pada dua uretra yang menyebabkannya mengeluarkan air kencing dari kedua-dua zakar.
Pakar bedah mengalihkan satu hujung kolonnya melalui lubang di bahagian bawah kiri perut, untuk membolehkannya membuang air besar.
Jurnal perubatan baru-baru ini mendedahkan laporan bayi itu yang dirawat di Hospital Kanak-kanak di Institut Sains Perubatan Pakistan.
Jurnal mendedahkan, risiko dan kematian lebih tinggi dikaitkan dengan diphallia adalah kerana anomali yang disertakan pada sistem urogenital dan gastrousus (pencernaan).
Hanya 100 kes diphallia pernah direkodkan dalam sejarah dengan bayi lelaki yang dilahirkan selepas 36 minggu adalah salah satu contoh terbaharu kes jarang berlaku.
Sumber gambar – VOCKET | Sumber laporan – Harian Metro