Letupan Di Paris, 50 Cedera Termasuk Enam Kritikal

Seramai 50 orang cedera dan seorang masih hilang dalam kejadian letupan yang menggegarkan sebuah bangunan di Paris pada petang Rabu, lapor Agensi Anadolu yang memetik pihak berkuasa Perancis pada Khamis.

Pejabat pendakwa raya Paris memberitahu penyiar BFMTV bahawa enam daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Punca letupan di 5th arondisemen itu masih belum jelas dan siasatan masih dijalankan, katanya.

Antara yang cedera termasuk sekurang-kurangnya seorang pegawai polis, dan usaha masih diteruskan untuk mencari seorang lagi mangsa dari bawah runtuhan.

Sebagai langkah keselamatan, bekalan gas asli ke 700 rumah di daerah itu juga dihentikan. 

Sumber : Bernama