BANGKOK – Seorang perompak mengugut membakar sebuah kedai emas di Bangkok, Thailand dengan menumpahkan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di seluruh premis itu, lapor laman berita Thaiger semalam.
Balai Polis Saimai menerima laporan rompakan di kedai emas Aurora dekat Bangkok sekitar pukul 6.50 petang (waktu tempatan) kelmarin.
Seorang pekerja memberitahu bahawa perompak lelaki itu berbadan tegap, memakai pakaian serba hitam bersama topi besbol hitam.
Kakitangan kedai panik apabila perompak yang menyamar sebagai pelanggan itu menumpahkan cecair pembasmi kuman dan mengugut untuk membakar premis tersebut.
Suspek kemudian memanjat kaunter sebelum merampas sejumlah emas dan wang tunai sebelum melarikan diri.
Sebanyak 48 rantai emas pelbagai jenis dilarikan suspek di samping wang tunai dengan kerugian mencecah 1.7 juta baht (RM221,939).
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian termasuk mengumpul bukti cap jari bagi mengesan suspek.
Sumber – Kosmo