42 penduduk Palestin meninggal dunia dalam serangan tentera Israel di bumi Gaza semalam dan ia disifatkan angka korban terburuk sejak konflik bermula Isnin lalu, lapor Harian Metro
Pesawat rejim itu melakukan serangan bertubi-tubi ke atas wilayah yang diduduki penduduk Palestin pada Ahad hingga awal pagi ini termasuk kawasan yang padat dengan penduduk dan keadaan kota bergelap.
Menurut sumber, tentera Israel menghantar jet pejuangnya hari ini bagi menyasarkan ‘sarang pengganas di Semenanjung Gaza’, meskipun menerima desakan dunia supaya serangan dihentikan.
Dakwa rejim itu, 3,000 roket dilepaskan dari Gaza ke kawasan jajahannya, jumlah tertinggi pernah direkodkan, namun 450 roket jatuh di perairan selain lebih 1,000 roket berjaya dipintas.
Memasuki hari kelapan konflik, mangsa korban di Gaza dilapor cecah 197 orang dan jumlah itu dijangka meningkat susulan operasi menyelamat di kawasan runtuhan.
Sebanyak 10 kematian dilaporkan berlaku di jajahan Israel.
Sumber: Harian Metro