SEORANG wanita yang juga merupakan model majalah dewasa Playboy mendedahkan dia menjalani kehidupan ibarat tinggal di neraka gara-gara perlu berpindah lebih tujuh kali.
Semuanya gara-gara Mariana Cristina Fragozo herazo ‘diburu’ oleh peminatnya yang bertindak melampau dengan mengintai kehidupan peribadi di kediamannya.
Dia yang juga digelar sebagai Kim Kardashian Colombo ini turut mendedahkan menerima hadiah mewah berupa pakaian dan aksesori jenama Gucci dan Versace bernilai puluhan ribu ringgit daripada peminat yang tidak dikenali.
“Saya mula ada peminat selepas menayang kehidupan sebagai model di instagram.
“Namun tidak semuanya berjalan lancar, saya terpaksa berpindah tujuh kali gara-gara ada peminat yang menunggu di luar rumah.
“Lebih teruk apabila ada lelaki yang jadi tak keruan bila lihat saya sedang bersenam di gym,” lapor Daily Star.
Mariana turut mendedahkan dia juga menerima gangguan daripada jiran yang sudah berkahwin.
Lebih mind blowing, model berusia 27 tahun ini turut menerima undangan ke pulau persendirian oleh individu berharta.
“Malah saya juga pernah diganggu jiran yang sudah berkahwin sehingga isteri mereka masuk campur dalam perkara ini.
“Saya juga pernah dijemput ke pulau persendirian boleh individu bergelar jutawan,” tambahnya.
Untuk rekod, Mariana mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di laman Instagram.
Kebanyakan gambarnya juga memaparkan adegan menggoda dan menayang lekuk tubuhnya.
Hmmm patut la…
Sumber: Star Daily