SERAMAI 181 penumpang dan 14 kru kapal KM Karya Indah dilaporkan selamat selepas ia terbakar di perairan Pulau Limafatola, Maluku Utara, 7 pagi tadi.
Menurut laporan, Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhammad Arafah berkata, kapal tersebut dalam perjalanan dari Pelabuhan Ternate ke Pelabuhan Sanana.
“Sekitar pukul 8.30 pagi, pihak kami mendapat maklumat bahawa kapal penumpang itu terbakar.
“Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi dan melaksanakan misi pertolongan,” katanya.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: Utusan