Jejaka pening cari jodoh guna Tinder, takut terpikat adik beradik sendiri kerana bapa suka derma sperma

SEORANG jejaka di Amerika Syarikat fobia mencari pasangan melalui media sosial ekoran bapanya dikatakan mempu­nyai sehingga 50 orang anak hasil daripada perbuatan mendermakan sperma, lapor Kosmo.

Bapa Zave Fors, 24, dari kota raya Portland, dalam negeri Ore­gon dikatakan telah mendermakan spermanya sebanyak 500 kali.

Zave berkata, dia mendapat tahu mengenai ‘kegiatan’ ayah­nya menerusi laman web Ancestry.com yang mendedahkan bahawa pendermaan sperma tersebut dilakukan beratus-ratus kali dalam tempoh 10 tahun.

“Tidak mengetahui bilangan sebenar adik-beradik membuatkan saya sukar mencari pasa­ngan.

“Apabila saya menggunakan laman perkenalan Tinder, saya tidak tahu sama ada individu ditemui adalah adik-beradik saya atau sebaliknya,” kata pemuda tersebut.

Zave sebelum ini berjaya mengesan lapan adik-beradik termasuk abangnya, Daron McClennan-Colon menggunakan media sosial.

Daron dilahirkan oleh pene­rima sperma bapanya dan tinggal hanya beberapa kilometer sahaja dari rumah Zave..

Mereka pernah pergi ke sekolah yang sama, malah mempunyai memori antara satu sama lain.

“Adik-beradik yang lain pun mempunyai pengalaman serupa. Dua daripada mereka tinggal di kawasan kejiranan sama,” kata­nya.

Sumber: kosmo