GUNUNG berapi Semeru yang terletak dalam wilayah Jawa Timur meletus hari ini dengan mengeluarkan asap tebal.
Kejadian turut menyebabkan penduduk setempat bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Setakat petang tadi, gunung tertinggi di Pulau Jawa itu masih mengeluarkan kepulan asap tebal sehingga menyebabkan beberapa kawasan lereng gunung seperti daerah Pronojiwo dan Candipuro diselaputi abu.
Beberapa video amatur juga mula tular di laman sosial menunjukkan beberapa individu termasuk kanak-kanak berlari dalam ketakutan
Kali terakhir Gunung Semeru memuntahkan meletus sejauh 1 kilometer adalah pada 27 Ogos lalu.
indonesia merupakan negara yang terletak dalam lingkaran api pasifik yang mempunyai kira-kira 128 gunung berapi yang masih aktif.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.