YOUTUBER terkenal PewDiePie dianugerahkan Wajah Paling Kacak 2020 oleh laman pengkritik bebas TC Candler.
PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Kjellberg terpilih dalam kalangan penyanyi terkenal, pelakon dan wajah yang tampan di seluruh dunia.
Menariknya, ketampanan PewDiePie itu mengatasi Idris Elba di kedudukan ke-13 dan David Beckham yang berada di kedudukan ke-26.
Bagaimanapun pemilihan PewDiePie itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana lelaki berbangsa Sweden berkenaan berada dalam kedudukan tertinggi pada 2019 iaitu kedua selepas penyanyi BTS, Jungkook.
Pun begitu, warga maya di Twitter ramai tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan membandingkan ketampanan PewDiePie dengan calon-calon lain.
Selain itu ada juga yang mengucapkan tahniah kepada beberapa calon kegemaran mereka lain yang turut tersenarai dalam anugerah tersebut.
TC Candler telah mengeluarkan senarai tersebut pada Isnin (28 Disember 2020) di Twitter iaitu nama-nama yang dipilih oleh The Independent Critics sejak tahun 1990.
Sumber: awani