PERCAYA atau tidak, seorang bayi lelaki dilahirkan mempunyai dua zakar di sebuah hospital di bandar Asyut, Mesir baru-baru ini, lapor portal Mirror UK.
Kosmo! melaporkan, doktor di Hospital Kanak-Kanak Universiti Assiut, Ahmed Maher Ali berkata, pihaknya percaya pertambahan organ itu disebabkan oleh pembentukan janin kembar yang tidak sempurna.
“Kami melaporkan satu kelahiran bayi dengan dua zakar dan dua kantung zakar itu sebagai sindrom duplikasi kaudal (CDS) iaitu keadaan yang menyebabkan duplikasi organ badan.
“Punca CDS masih belum diketahui, banyak teori cuba menjelaskan tetangnya, namun teori paling hampir adalah kegagalan kembar monokorial terpisah sepenuhnya,” kata Ahmed dalam penerbitan International Journal of Surgery Case Reports.
CDS merupakan penyakit yang jarang berlaku.
Tambah Ahmed Maher, dua zakar bayi yang dilahirkan dengan berat 2.6 kilogram itu turut mempunyai dua salur kencing.
“CDS adalah keadaan yang jarang ditemui dan memerlukan penglibatan pakar daripada pelbagai bidang untuk merawatnya termasuk melakukan pembedahan pembetulan.
“Kami merancang untuk memulakan proses pembetulan pada alat kelamin bayi tersebut pada usianya 16 bulan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo!