BUDAYA mentatu bahagian tubuh badan, mungkin sudah biasa kita dengar tetapi amat jarang bagi kita mendengar orang mencacah tatu pada bahagian tersembunyi badan mereka seperti belakang telinga, dicelah jari atau mungkin di bahagian dalam mulut?
Seorang pelukis tatu dari Belgium, Indy Voet ini mempunyai reputasi terbaik sebagai pelukis tatu kekal lebih lagi untuk pelanggannya yang sering meminta tatu pada bahagian tersembunyi dan luar biasa.
Difahamkan, Indy telah membuat tatu di bahagian lelangit mulut pelanggannya sejak empat tahun lalu dan sebelum ini dia merupakan bekas penindik profesional dengan pengalaman lebih 10 tahun.
Menurut sumber, dia beralih menjadi seniman tatu dengan kepakaran mencacah tatu di tempat tersembunyi dan apa yang menarik, walaupun ia dilakukan di kawasan tersembunyi, rupa bentuk tatu itu tidak sedikit pun selekeh atau nampak cacat tetapi ia menarik walaupun bersahaja.
“Saya tidak menggunakan bahan pelik lain selain jarum dan dakwat sahaja. Ia hanya memerlukan kepercayaan dari pelanggan dan itu sudah cukup,” jelasnya.
Selain itu, dia menjelaskan penggunaan mesin tatu juga tidak digunakan kerana ini lokasi mentatu di kawasan lelangit mulut ini adalah bahagian sensitif dan ruang untuk melukis pun tidak banyak.
Walaupun bagi sesetengah orang ia kelihatan sakit untuk melukis tatu di lelangit tetapi Indy memberitahu 90 peratus dari pelanggannya mengatakan tidak merasakan sakit dan hanya 10 persen sahaja yang mengeluh tentang sakit di bahagian rahang kerana terpaksa membuka mulut dengan luas dalam jangka waktu lama semasa mencacah tatu tersebut.
Woah! Memang unik betul!
Sumber: Inked Mag