40 orang model bogel di Dubai ditangkap polis

BARU-BARU ini, seramai lebih kurang 40 orang model yang dikatakan berasal dari Eropah dan Ukraine telah ditangkap oleh pihak polis Dubai.

Menerusi laporan Daily Star, model-model tersebut menjalani sesi fotografi tanpa seurat benang di balkoni sebuah bangunan apartment mewah Dubai Marine bagi projek laman web dewasa Amerika Syarikat yang diasaskan di Israel.

Pada awalnya, gambar itu hanya tersebar melalui aplikasi Whatsapp tetapi mula tular di media sosial dan pihak polis Dubai mengambil tindakan dengan mengeluarkan surat perintah penangkapan.

Antara gambar yang tular di media sosial

Semua pihak yang terlibat dalam sesi fotografi telah ditangkap dan seorang lelaki Rusia bernama Alexey Konstov juga telah ditahan kerana beliau diduga merupakan salah satu pihak yang menaja sesi fotografi tersebut.

Pihak berkuasa di Dubai juga telah mengesahkan bahawa para model ini akan ditahan dan dideportasi ke negara masing-masing.

Setelah dilakukan siasatan, pihak Pendakwa Raya Dubai, Essam Issa al-Humaidan juga memberi keterangan bahawa mereka juga hanya dihantar pulang tanpa mendapat hukuman penjara atau denda.